
Gua sekarang betul-betul tengah bengang. Dulu masa gua kerap blog. Asal sedang mandi gua mesti fikir apa gua mahu tulis dalam blog. Lu kalau tengok cermin tandas gua yang penuh wap air panas, boleh baca draft gua tulis tentang isi-isi penting yang terlintas ketika gua sedang bersiram.
Sekarang, pengalaman gua, berhenti menulis memang sangat janggal. Setakat termenung dekat kaum kerabat cicak yang mati lemas akibat terjun mandi air panas saja yang boleh jadi hiburan gua ketika bersiram. Gua tak tipu, otak gua memang tak berjalan. Statik.
Masuk time kerja lagi punggah. Sehari dua memang boleh gua tahan. Tapi ini kalau sudah hari-hari berlarutan kena dengar luahan hati tentang masalah rumahtangga makcik-makcik meja sebelah. Boleh berdarah telinga gua cakap. Tapi kalau gossip. Gua memang boleh pertimbangkan. Takda hal.
Gua punya rutin juga makin sunyi, jiwa dan raga gua sudah mula malap-malap. Setakat tidur pukul 10 malam itu sudah jadi perkara biasa. Mahu kena jek dekat kepala laju-laju kalau aku buat macam ini dekat Cyberjaya. Tukang jek pertama : En Helzoo.
Dari segi kesihatan, semua ok. Takda sebarang simptom selsema babi mahupun penyakit kronik pelik. Kira kalau lu suruh gua angkat kambing naik turun 3 tingkat memang tak ada masalah. Cuma baru-baru ini gua ada kecederaan groin sedikit. Sudah satu bulan gua rehat dari sepak bola dan termasuk juga berhenti berlatih dekat Arsenal Training Ground. Member baik gua Fab (Fabregas) pun tak habis misscall gua malam-malam ajak main futsal. Sorry bro. Gua sudah koyak.
Trivia : Tahukah anda bahawa post ini merupakan post yang paling panjang Waktuwakta pernah tulis?
Sebut tentang bola. Gua memang tak pergi tengok bola Manchester United bertemu Tiger Belang Malaysia. Setakat nak tengok kuda tua United lawan intake baru Malaya, memang tak berbaloilah gua rasa. Lagipun gua budak Arsenal, gua takut kena pukul nanti dekat sana. Kalau Liverpool gua mungkin tengok.
Sekian.
ABUL – Teh tarik sepam,
jyeah!!
hidup abul.
yay!!!
dua isu aku nak bangkitkan di sini.
yang first, lu stop menaip sebab lu dah reti taip kat tempat lain.
‘champion’ mungkin perkataan tepat untuk kau pada waktuwakta ini.
yang second, sebab lu tamahu pergi manutd adalah kerana faktor geografi, kalau bukit jalil pergi funfair je lu maw.
tapi kalau selatan, tadahal laah liverpool pun boleh aja,
aku ingat kalau si daud kilau buat concert kat selatan pun lu bantai redah je.
overall, kau buat semua ni sebab you have find the better way to release your inner sense.
assalamualaikum ditujukan kepada passenger tetap i10.
@shee: jyea too!
@nazira: hidup nazira.
@anon: yay too!
@mmhzdi: yang ini memang gua rasa comment paling mencabar. patut lu tak bleh main twitter bro. limit huruf overload. haha!
jangan lah berhenti menulis
haha.
gua sayang lu la brader.
liverpool tetap dihati.
arsenal gua boleh sokong lagi.
tapi kalau dah orang tua pasukan syaitan merah ni.
gua sereng sket la nak sokong.
hahaha.