Archive for May, 2009

Protected: Selatan dan -0995

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Kata rawak dan 72

Disebabkan Davy Jones hendak meninggalkan kapal The Flying Ghurgka dan juga anak-anak kapal yang sudah dibawa belayar seluas laut memandang. Gua rasa sebagai anak kapal yang kacip sama dia, kenalah buat satu entry untuk dia. Entry yang gua rasa boleh buat dia buat backflip dua kali, tanpa memikir masalah faktor berat badan.

Kali pertama gua naik kapal Davy Jones. Gua memang dapat rasa keunikannya dari kapal-kapal lain. Apa yang buat kapal dia lagi gempak dari kapal lanun lain disebabkan kapal ini punya sound system. Ada bass. Ikan paus suka. Jadi kalau setakat lapar malam-malam memang takda hal kalau nak tumbang seekor dua ikan paus. Malas gulai lempoyang. Kalau hendakĀ  kaw lagi, boleh jek sepam dua steroid panas dekat ikan paus itu, kata Davy Jones kepada aku masa malam kebudayaan atas kapal pada hari pertama.

Davy Jones juga ada kasi latihan berperang sama anak-anak kapalnya. Termasuk gua juga. Setakat nak bersilat dengan jerung itu tiada hal-lah, rasa macam masuk peraduan mewarna saja susahnya. Latihan paling gempak gua rasa dia bagi ketika latihan memburu zombies. Ya! zombies. Gua tidak tahu zombie dalam bahasa melayu. Mungkin toyol. Lu yang baca jangan hendak kepoh-kepoh, kalau tahu tolong tinggalkan komentari dibawah. Berbalik pada latihan memburu toyol-toyol ini. Memang Davy Jones yang banyak kali mati, bukan tidak terer. Cuma sayang pada anak kapal. Kenalah tunjuk sador sikit, kalau tidak kena pijak kepala dengan anak kapal mintak gaji lebih.

Gua juga ingat hari Davy Jones bawak masuk kucing hantu warna hitam masuk kapal. Gua panggil kucing hantu berwarna hitam itu Chucker. Kucing bangsa bawak sial dalam kapal. Berak kencing merata-rata lepas training cara komando. Gua juga ingat hari Davy Jones bawak keluar kucing hantu warna hitam keluar dari kapal. Buang dekat laut kaspia kasi buaya makan.

Gua juga ingat Davy Jones singgah dekat pelabuhan kawasan bersatu lanun. Pergi beli makanan untuk berbuka puasa pada lewat petang bulan Ramadhan. Beli nasi kerabu, roti john, murtabak, air tebu dan bermacam-macam lagi. Kasi makan atas kapal, duduk dalam bulatan. Terlihat kasih sayang, kerjasama disitu.

Gua juga ingat Davy Jones ada ajar sama gua cara untuk mengemudi kapal. Walaupun gua setakat bawak perlahan macam keling tarik kereta. Gua tetap berterima kasih sama dia. Sekarang dia hendak pergi, gua hendak pergi kedai makcik dobi pun sudah susah. Kena berenang secara manual semula.

Ada banyak lagi gua hendak tulis. Tapi gua ada banyak kerja. Lu tengok gempak tak gempak gua punya kapal. Ada broadband.

Sekian,

ABUL – Tiada lagi Davy Jones.

Protected: Selatan dan -0996

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Kata rawak dan 71

Minit 70 : Nani start motor, nak nak caw pergi balik P.D,

Minit 10 : Berbatov sampai lambat, tengok mulut bersepah bau minyak kari.

Minit 90: Ronaldo pasang lagu fangtao.. priceless.

Minit 11 : Brader Eto’o menangis. Brader Eto’o kata “Gile takde fight…penat gua turun padang petang2 training selama setahun

Minit 60 : Tevez berhenti garuk dia punya parut lipan. Fegeson suruh masuk padang. Buat ‘magic’.

Minit 80 : Cina fangtao depan gua dah start enjin kete. Gua cakap mahu pergi mana? Dia kata mahu tinted kereta kaw-kaw

Minit 76: Messi kitai 5 orang. Gua bajet esok headline suratkabar “Messi guna steroid”. Biasala tu.

Minit 87: Ronaldo cari alasan nak jawab apa dekat fergeson sebab tidak perform.

Minit 88: Ronaldo jumpa jawapan. Tertukar spandex dengan Evra.

Minit 85: Puyol get ready untuk pergi karoeke. Jek lagu Isabella sepam. Rambut sudah steady.

Sekian,

ABUL – Wake me up when september ends.

Kata rawak dan 70

02Perlu rehat atau tidak?

Sekian,

ABUL – Soalan ini kalau time sekolah dulu memang gua boleh jawab.

Gambarajah juga ada terselit rupa bentuk badan Davy Jones dari sudut belakang. Dalam beg yang disandang itu juga tersimpan ikan-ikan koi warna jingga dan putih bertompok-tompok hitam emas. Cukup stok untuk 4 hari 3 malam.

Kata rawak dan 69

Cuti semester sudah mula mahu melangkah masuk tapi aku tidak dapat rasakan nikmat cuti itu. Tidak seperti dulu.

Kira dulu masa zaman sekolah kalau gua nak masuk cuti, sumpah memang kelam-kabut.

01

Tengok muka semua. Yang laki-laki lah. Semua macam setan.

  • Tumbang terbalik meja sekolah sana sini,
  • Sepak terbang terajang member sana-sini,
  • Main bola dalam kelas,pecah tingkap sana sini,
  • Majlis tarik-menarik kerusi member (sumpah siapa tidak buat benda ini memang kutu habis)
  • Provokasi terhadap ikan dalam akuarium kelas jagaan ketua kebersihan kelas,
  • Baling telur tembelang. Rare. Tapi terbaik bila melekat bau balik rumah,
  • Ejek nama bapak kaw-kaw punya, lagi kalau dapat nama datuk orang lagi teruk. Terbatuk dalam kubur,
  • Bawa ayam kecil warna-warni yang dibeli di pasar malam semalam pergi sekolah, mahu belagak depan member,
  • Tepuk pemadam kapur papan hitam dekat kepala orang, Duit takda nak beli tepung
  • Pasang lagu backstreetboys dan koleksi lagu cina fengtaw bukit. Berdarah telinga gua,

Ah, sebutkan saja. Semua ada.

Sekarang cuti pengajian tinggi mahu buat apa? gua cuti pula kali ini 3 hari saja. Cari makan mungkin, percuba untuk menggemukkan badan sedikit.

Sekian,

ABUL – fikir balik, macam tidak bertamadun aku ini dahulu.

Protected: Selatan dan -0997

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Kata rawak dan 68

Ruangan kali ini gua buat khas untuk cakoi tersayang.

Road to Cakoi.

DSC_0007

Hari ini merupakan hari kedua gua mencari kuih cakoi tergempak nusantara. Dari kota cyberjaya aku membawa diri ke sudut pedalaman Greenwood. Mencari cakoi fangtaw.

Gua agak berpuas hati hari ini kerana gua dapat menjamu cakoi yang tidak kurang hebatnya walaupun terpaksa meredah kesesakan lalulintas kota Kolumpo tadi.

Serius aku rasa berbaloi. Penat lelah, panjang langkah, panggilan sana dan sini itu semua berbaloi.

Walaubagaimanapun aku hanya dapat membeli 4 ketul yang terakhir tadi. Sedikit sedih, tapi aku tidak kisah janji yang aku dapat itu panas-panas. Baru champion.

DSC_0014
Aku tahu perjalanan mencari kuih cakoi tergempak nusantara masih jauh, tapi peluang yang diberikan hari ini telah memberikan aku sedikit cahaya harapan yang sudah kian lama malap dan terpendam dalam dunia kecakoian.

Sekian,

ABUL – “kak, kedai akak lah yang paling handsome dalam semenanjung ini.

Kata rawak dan 67

Gua memang cukup bengang kalau gua sedang bawa kereta, tiba-tiba ada kucing melintas dihadapan.
Kucing ini pula bangsa yang nak-taknak-punya-gaya bila mahu lintas jalan.
Macam main acah-acah sama gua.

Gua brek, binatang ini juga berhenti.
Gua jalan, binatang ini juga mahu jalan.
Berulang-ulang kali. Anda nampak coraknya bukan?

Gua bukan apa. Nanti sekali telanggar gua memang tidak boleh hendak maafkan diri gua.
Tambahan lagi nanti kereta gua ada hantu kucing yang melekat atas bumbung.
Kacau sama gua bila pandu pagi-pagi buta.

Rasa macam mahu rembat saja kucing yang buat perangai macam ini.
Besar gemuk macam tembikai.
Terkedek-kedek mahu lintas jalan.

ABUL – Mengira bangkai bangau di MRR2.

Protected: Selatan dan -0998

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Next Page »


Pengumuman perhimpunan hari isnin

Error: Please make sure the Twitter account is public.

 

May 2009
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Kirakatagori

Blog Stats

  • 18,835 hits