Archive for April, 2009

Kata rawak dan 44

Hari ini aku lecturer kasi kata sama aku,: “you killed the presentation“. Aku setuju. Mungkin kerana aku tidak cukup rehat dan tekanan major assignment. Dan ketara itu kesalahan aku sendiri. Bodoh.

Salah seorang dari ahli kumpulan aku agak gementar. Jadi salah seorang dari kami mengutarakan satu idea. Group hug.
Weh ko cuak ke? Ala..la..la.. nak group hug ke?” – what the hell. Lebih kurang macam itulah bunyinya.

Aku sedang menulis sebuah cerita kes kematian Kucing puaka aku. Chucker the Puaka.

Aku mahu pulang ke rumah. Aku mahu makan makanan yang sempurna. Aku mahu makan makanan yang sedap dan seimbang.

Semalam aku tidak tengok perlawanan bola Manchester United bertemu Arsenal. Saja aku tidur, kerna dalam tidur sebentar sebelum perlawanan bermula aku sudah mimpi Arsenal kalah pusingan pertama. Aku percaya pada mimpi aku itu. Ha. Ha. Ha.

Sms yang aku terima sepanjang malam tadi:

  • Adoi. muka aku dah kena simbah dengan sirap dah nih.
  • Bro. Meja dah terbalik dah nih. Mamak dah mula bising-bising.
  • Arsenal boleh menang tadi, kalau Manchester takde keeper.
  • Kesian dia. Kesian dia. Kesian dia. Repeat 1371231 kali.
  • Baik lu tido aja la bro, lu punya team kalau 11 orang lawan keeper gua satu orang belum tentu lagi menang.
  • Inbox full.

Hari ni gua makan nasi ayam HB2 panas-panas campur air 100plus. Impak dia, gua rasa macam makan steroid secara berlebihan dimajlis makan malam orang-orang keutamaan.

Sekian,

ABUL – aku buat kerja kerana aku suka. Ulang 123123 kali.

Kata rawak dan 43

Wah? Aku sudah ada twitter. Jika anda mahu tahu perkembangan harian aku, aktiviti lasak atau resepi masak-memasak turun temurun silalah jadi pengikut aku di twitter. Juga mungkin aku akan dedahkan beberapa tip berharga; macam mana mahu bunuh beruang guna ibu jari contohnya dan banyak lagi.

Power supply unit aku makin lama makin tenat. Aku sudah mula risau. Takut dia buat hal disaat-saat genting.

Gaya hidup berpacaran di MMU yang terbaru aku nampak.

  • Makan malam romantik di HB2 sambil menjamu ikan bakar kedai makcik kelantan. Ala-ala I suap u ikan, u suap ikan juga.
  • Melintas zibra line di HB3 berdua-duaan secara bepasangan. Menunjukkan kesefahaman, tanggungjawab dan pengorbanan barangkali. Sebagai simbolik. U kena langgar, i kena langgar juga.

Sekian,

ABUL – Mahu makan ikan bakar.

Kata rawak dan 42

1_727734625lGambar ini diambil setahun lepas. Perubahan rupa muka yang mendadak bila dibandingkan dengan sekarang.

Oh tidak. Suara aku masih belum pulih. Masih lagi seakan-akan suara seorang bintang rock zaman 90-an.
Sudah hampir seminggu ini tidak boleh berkaroeke dalam bilik mandi. Ini jauh tidak normal. Ini bukan aku.

Dulu aku ada kawan. Cukup suka pukul orang. Bila aku jumpa balik sama dia. Dia sudah tukar haluan hidup. Jadi orang yang sangat lemah lembut. Tidak kena lembut dengan laki. Pondan aku maksudkan.

Power supply unit pc aku sudah mula keluarkan bunyi-bunyi nyaring manja. Tanda mahu luput agaknya. Nampak gaya keluar lagi duit poket aku. Aku yang kopak makin kopak. Poket aku yang koyak makin rabak.

Hari ini aku kasi tipu sama status di Facebook. Kata tiada orang ucapkan selamat hari lahir semalam. Responnya, r amai yang komen, dan aku terharu. Ramai juga yang prihatin terhadap jiwa kecil aku ini. Sekali lagi terharu. Tapi yang ucapkan selamat hari lahir itu kantoi habis tidak kenal sama aku. Patut aku buang dari senarai rakan. Aku jahat.

Perkataan atau ayat pendek aku belajar dalam satu minggu.

  • Cakap terberak.
  • Berak bercakap.
  • Berak berancai.
  • Terberak-berak.
  • Berak terabak.

Kreatif remaja hingusan bila terlebih terokai ayat harian. Bahasa hodoh.

Sekian

ABUL – aku juga ingin bahagia seperti kamu.

Kata rawak dan 41

Kawan-kawan, silalah buat survey aku ni. Aku tahu soalan aku tidak se-super handsome mana. Tapi tolong la gua cari makan sikit. Terima Kasih! To buy pirated good or not.

Aku rasa amat terharu. Bila aku tengok rakan aku yang terkehel kaki dalam padang futsal diereng keluar padang macam lembu kene korban.

Aku ada plan. Mahu pergi berkayak dihujung minggu. Tapi aku ada masalah tenaga buruh. Jadi bagi lelaki yang memenuhi kaetiria seperti berikut. Sila tinggal nama.

  • Anda seorang jejaka yang tidak berbulu dada.
  • Anda bernafas seperti kura-kura.
  • Badan sasa itu nama timangan anda.
  • Rambut anda ber-gel pada setiap masa.
  • Anda tidak mudah mengaku kalah walaupun kena stone cold stunner.
  • Minuman tongkat ali merupakan simbolik kelakian anda.
  • Masa sekolah dulu anda pakai kasut cap Bata atau Spark. Bangsa guna sticker punya. Tali-tali gua reject.
  • Bagi anda Akedemi Fantasia itu pondan-pondan belaka.
  • Berat badan anda tidak melebihi 80 kilo.
  • Mencekik kura-kura dan labi-labi diwaktu pagi sebagai senaman ringan untuk otot-otot tangan.
  • Anda makan ais-krim guna lubang hidung. Sedut bro. Setakat nak main cute-cute gua sepak lu punya resume.

Aku tidak tahu betapa ramai lelaki dan perempuan yang baca blog aku. Tapi aku perlu dalam 10 tenaga buruh perkasa untuk jayakan aktiviti ini.

Sekian,

ABUL – render 3d

Kata rawak dan 40

dsc_0101x

Nama : “Benda putih, hitam sikit-sikit tapi tak nampak sangat. Apa dia?”

Sekian,

ABUL – Binatang ini buas. Pagi-pagi sudah gigit cakar sama aku punya telinga.

Kata rawak dan 39

Fakta-fakta perlu tahu hari ini.

Aku kena belajar bahasa kelantan hari ini. Sekadar backup plan takut-takut kena kepong dengan penyokong kelantan malam nanti.
Gewe make budu…Gewe make budu…Gewe make budu…’

Pergi stadium rasa macam pergi perang. Tambah lagi pergi perang bangsa bawak keropok leko mahu lawan kuasa budu belacan jahat. Saiko

Bila sudah duduk sudah macam berjiran dengan penyokong lawan. Macam biasalah, bagaikan situasi bini dapat tahu laki main kayu tiga. Semua benda terbang sana sini.

Hilang hampir separuh peratusan peti suara. Menjerit bagaikan mahu kena sunat dua kali. Baru aku tahu mahu kasi hidup sama ombak manusia itu amat susah. Perlu ada diterminasi dan semangat jati diri yang tinggi.

Aku pakai baju Selangor lama aku. Tahun 2003. Aku cakap baju itu bawak tuah. Tengok sekarang sudah menang. Cepat berterima kasih pada aku.

Balik perjalanan ke Cyberjaya. Ada roadblock atau sekatan jalan raya. Polis tanya sama aku ada lesen atau tidak. Aku cakap umur aku sudah 21. Sudah tentu ada. Polis tetap rasa ragu-ragu sama aku punya nombor jiwa. Kasi cek sampai dua kali, kata aku nampak macam 18 tahun. Cakap sama aku jangan tipu.

Eh, yang pertamanya encik. Saya amat terharu kerna dimata encik saya sangat muda. Yang keduanya pula. Mana ada saya tipu encik. Betullah umur saya 21tahun. Percayalah!” – aku balas.

Seriously. Do I look like a 18 years old boy? Adoi. *mimpi ngeri*

Sekian,

ABUL – Selangor!

Kata rawak dan 38

1_949129983lSelepas aku tgk cerita lakonan Jackie Chan sebentar tadi, semangat aku untuk membuat kerja mula membuak-buak. Aku rasa seperti termakan steroid berlebihan. Badan berkepak kiri dan kanan. Bangsa lari laju seratus meter 5 saat guna nafas kuda. Hakikatnya tiada kena-mengenapun lakonannya dengan aku. Hanya fikir-fikir bodoh.

Hampir bertahun rasanya aku tidak follow cerita siri hangat singapura-malaysia yang meletup satu ketika dulu. Hari ini aku berpeluang untuk melihat musim baru siri hangat itu. Lawak sempoi masih boleh dirasai,tapi tidak sesempoi dulu. Musim ini, Puah Chu Kang buka cawangan di Malaysia. Mampukah beliau bertahan di kota Kolumpo ini? Mampukah tahi lalat jatinya tahan iklim musim hujan panas Kuala Lumpur? Mampukah dia dapat mencari supplier but kuning kegemarannya? Sama-sama kita saksikan. Layan.

Dua tahun lepas gambar diatas diambil. Aku jenguk pada cermin untuk menilai diri. Bila buat penilaian. Tiada perubahan yang aku dapat cari antara perbezaan dahulu dan sekarang.

04Tugasan terbaru.

Sekian,

ABUL – 5.50 pg sabtu. kerja lebih masa.

Kata rawak dan 37

Aku kena tukar alarm aku. Mungkin bunyi lagu isabella merupakan pilihan terbaik. Bunyi nyaring mungkin membantu dan masuk akal. Liat sungguh mahu bangun tidur kebelakangan ini.

Sesungguhnya penat aku itu satu kebenaran. Penat gila bila perlu kerja sehari sepenuh masa. Mata aku sudah jadi warna sagu. Otak aku sudah lemau macam labu. Tulang belakang aku macam kena judo. Tragis bukan?

Dan sesungguhnya juga disaat-saat ini, dalam berpuluh-puluh ribu ribu lagu dalam simpanan. Pc cap garuda aku ini telah memilih lagu orang berkahwin untuk menghiburkan telinga aku. Gila atau apa. “renjis.. renjis.. dipilis..wth..

SELANGOR lawan KELANTAN woi! esok lepas subuh aku mahu beli tombak mahu pacak bendera!

Sekian,

ABUL – Kerja aku nampak cacat. Alasan aku? Apa lagi.. artistic effect lah…

Kata rawak dan 36

Aku rasa mata aku punya Color Balance sudah larilah. Macam mana mahu baik pulih masalah yang dihidangkan ini. Mungkin setiap malam sebelum tidur aku kena mula letak sayur terung hijau dekat mata. Macam orang perempuan pula.

Arshavin 1. Arshavin 2. Arshavin 3. Arshavin 4!

Semalam kau kencing pada telefon bimbit aku. Hari ini kau kencing pada tilam aku pula. Mungkin muka aku ini sekadar standard tandas awam.
Kucing kejam yang kuat kencing itu bernama.
“Benda putih, hitam sikit-sikit tapi tak nampak sangat. Apa dia?” – esklusif bukan.

Sekian,

ABUL – itu keletihan,

Kata rawak dan 35

1_344257861lSatu ketika dulu. Dimana semangat kamera aku sedang membuak-buak.

Mana pergi kasut yang stylo aku ini. Encik Helzoo, sila beri jawapan mutlak.

Nampak kereta itu. Kereta itulah Si Ikan Paus bawak pergi tebar jala tangkap pontianak dan sinabolong.

Oh, lupa aku yang Davy Jones ada dibelakang kamera.
Davy Jones juga yang edit gambar ini. Meletup.

ABUL - Aku dapat nombor lima.

Next Page »


Pengumuman perhimpunan hari isnin

Error: Please make sure the Twitter account is public.

 

April 2009
M T W T F S S
« Mar   May »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Kirakatagori

Blog Stats

  • 18,835 hits