Tiada apa yang pelik, empat hari tidur sebilik dan sesungguhnya tidak ada kesan raba-raba dari Encik Helzoo.
Semua yang aku rasa pada pukul 11malam……. (7pagi terjaga) dan berkata “walaowehh.. tertinggal subuh lagi.“
Selalu aku berenang sorang-sorang. Kini aku ditemani oleh ribuan ikan dilaut yang tidak henti bersorak ‘abul macho’. Well what can I say, I have this ‘thing’ with fish-fish dilautan.
Rakan aku minum air limau ais paling mahal dalam dunia. Barangkali limau itu turun dari langit agaknya.
Kini aku boleh cium diri sendiri pada cermin. Sebab sekarang aku sudah bertambah hitam. Tahniah aku ucapkan pada diri sendiri kerana aku sudah menjadi bintang macam 50cent.
Sukakan permata, tapi kadang-kadang terlalu dalam untuk diselam.Lihat saja nampaknya, mungkin sudah mencukupi.Takut lemas.
Lan kata muka aku macam Azwan Ali.What the hell? Bloody babi betul.
Petua untuk menahan panas terik dipulau Perhentian.Keluarkan loghat negori bila mahu berkata-kata.Moga-moga tertimbul awan jahat atas kepala.Petua ini boleh diaplikasikan walaupun dipulau Bermuda.
Aku baru tahu yang aku boleh menguasai lebih dari satu bahasa. Contohnya bahasa kelantan, bahasa negeri, bahasa kolumpo, bahasa omputeh, bahasa cina dan bahasa arab. Kadang-kadang aku rasa racist dengan diri aku sendiri.
Pakngah adalah raplika Davy Jones dari panggung siri lanun-lanun Caribbean.Aku serius.
Bakal penghulu Pulau Perhentian berketurunan lanun. Tetapi pakcik itu kata dia tidak pukul orang punya bangsa.Lanun rare katanya.
Aku jumpa seekor cicak yang sungguh besar. Sangat besar yang membuatkan aku rasa cicak tersebut baru lepas scuba diving dalam logi nuklear Thailand.
Helzoo kentut dikhalayak ramai.Untuk keterangan yang lebih lanjut sila hubungi beliau.The malays have this weird culture where they like to fart publicly.
Sekali lagi, Encik Helzoo suruh aku sapu lotion pada badan beliau. Aku sudah mula ragu-ragu.Sekali lagi, bloody babi!
Sudah hampir seminggu disini. Aku masih belum jumpa ikan flower horn sepanjang berada di pulau ini.
Aku nampak satu pasang penyu sedang bersamara.Sungguh romantis.
Terjumpa permata dipantai. Ingin aku katakan “Oh girl I will make a movie star out of you,you know that I could if you let me be your Hollywood..” Tapi macam biasa. Aku malu.
Aku makan semangkuk tomyam.Berapi dan merah menyala.Kalau dibedah perut aku ini sekalipun barangkali masih menyala lampu L.E.D pada badan Ultraman. Intipati dan isi kandungan tomyam champion.
Sekarang sudah pukul 12. Masuk jam ke dua aku tenung sama cicak yang tidak normal ini.Aku toleh kanan dan tengok cermin.Lalu berkata “Wow! boleh tahan” – Membuat Encik Helzoo tersentak dari lena. Maaf.
Aku cuba memahami konsep bayu laut dan bayu darat.
Aku kejut Davy Jones pergi tengok matahari terbit.Aku cari fajar dia cari faraj.
Mahu turun ke pantai kena buat tekan tubi dan ketuk ketampi seribu kali.Baru boleh lepas quality control.
Perkataan berak bukan lagi sesuatu yang luar biasa.
Solat boleh pakai ear plug tidak? Siaran radio jiran sebelah terlalu bising. Tengah sembahyangpun kau mahu aku sing along? Kadang-kadang aku giveup dengan kaum sendiri.
Jika aku terdampar di pantai tidak berpenghuni, apakah yang aku inginkan. Mungkin patung besar Barbie Doll.Buat jadi bini supaya aku tidak lonely.
Otak aku kena basuh dengan lagu kuda kepang negeri kelantan.Sepanjang perjalanan ke Kuala Lumpur. Esok aku pergi jabatan pendaftaran, mahu tukar kewarganegerian.
Baru mahu buka pintu pagar rumah, member sudah missed call ajak kacau bapok. Maaf, aku penat. Mati aku mahu lari nanti.Bapok lari guna nafas kuda.
Sekian,
ABUL – gambar dinantikan kemudian.