Tik tok teko, tik tok teko. (Bunyi jam randek makmal kimia..)
Suasana senyap mendengar leteran guru kimia. Meja makmal yang tingginya lebih dari paras normal memang menyebelahi aku untuk kelebihan tidur tanpa dikesan. Maklumlah aku ini kecil, mungkin tidak untuk rakan aku yang besarnya berganda dari aku. Tapi apakah salahnya jika dia berkorban untuk aku bukan? ya lah secara logiknya iris hitam guru kimia akan tertuju kepada bentuk fizikal berlipat dia dulu berbanding dengan aku. Ada juga gunanya dia dalam hidup aku selain dari mengecak makanan aku waktu dikantin. Pantang, asalkan aku tinggal sedikit dia mula hendak terkam, tidak kurangnya rakan yang lebih keding dari aku sungguh mengalahkan yang perut besar.
Dia panjat kerusi panjang kantin, tenungan tajam dari meja ke meja. Jika ada rezeki dia dapat. Tapi kali ini matanya tertuju pada udang aku. Dari jauh dia sudah pekik “Bul! nanti jangan buang! Aku nak!”. Dia lari menuju aku. Lalu aku mula mengeluh. “sial ah, asal aku pulak.Punya ramai orang kat sini”. Secara pantas aku melesapkan udang itu dan menuduh ibu kucing yang mengandung yang lalu lalang dibawah kerusi itu telah mencuri udang aku. Dia percaya. Aku lega.
Jauh pula aku mengapungan dari tajuk utama,
Dimana tadi, oh ya. Makmal kimia. Sedang aku lena tidur, rakan sebelah aku mengejutkan aku. Katanya sudah tiba masa untuk membuat eksperimen. Masih dalam mamai, aku senyum sendirian kerana aku suka sesi eksperimentasi campur aduk bahan makmal.
Ok, sekarang aku lihat papanhitam makmal dan juga tidak ketinggalan buku amali PEKA kimia tingkatan 5.Aku mula lihat senarai bahan dan arahan. Kuprum, magnisium, mentega, kacang, keju dan sebagainya. Aku cuba memahami apa yang guru kimia cuba sampaikan dengan insyarat tangan. Maklumlah meja aku terletak dihujung makmal. Di bahagian dimana anai-anai bermaharaja, rumpai membiak dan bangkai katak eksperimen disimpan. Sungguh menakutkan bila dikenang semula.
Bahan eksperimen mula penuh diatas meja. Walaupun peruntukan bahan tidak cukup. Tapi meja aku sentiasa cukup dengan bahan-bahan. Bukan susah, tipnya hanya anda perlu menjadi ketua penyamun dan menyuruh anak-anak penyamun untuk menyebat bahan makmal kumpulan lain. Sebagai ketua kumpulan aku perlu membimbing rakan-rakan yang lain untuk menerangkan apa yang mereka tidak faham. Contohnya penunu bunsen.
“Oh, kau tidak tahu apakah benda ini? Namanya penunu bunsen, jangan tanya aku kenapa nama dia macam itu. Kalau kau hendak tahu, benda ini boleh menghasilkan gelombang api untuk jangka masa yang panjang. Kau nampak bangkai katak hangus kat belakang itu? Ha.. rakan aku dalam kelas biologilah yang buat bakar. Dia guna alat inilah. Kalau kau tidak percaya kau cuba tangkap berudu kat longkang tu. (Percaya atau tidak, makmal sekolah aku ade longkang didalamnya, sungguh aku tak tipu..)” dan percaya bulat-bulat rakan aku dengan tuturan aku. Angguk.
Sekarang, kita ikut cakap guru. Campurkan bahan-bahan dengan betul. Sukat nilai dengan betul dan teliti. Katanya disini hasil akan menguluarkan bunyi “pop”. Aku memahami dan cuba memahamkan rakan-rakan lain.
“Dengar tu wahai lanun-lanun.. ada bunyi Pop!”
Aku dan rakan-rakan mulakan campur-aduk bahan makmal. Tidak terhasil. Dengan ini mulalah buah mulut setiap individu dimeja. Komen itu dan komen ini. Maklumlah semuanya tunjuk lagak seperti tahu segala-galanya, termasuk juga aku. Jadi untuk mengurangkan kekecohan aku memberi idea bernas. Apakah salahnya jika setiap orang diberi peluang untuk mencuba. Tiada perebutan dan kita boleh tahu siapa betul dan salah.
Ahli 1 mula mencuba. Dia mula campur aduk dan berpeluh-peluh kepala. Cuak katanya untuk menjadi orang pertama untuk mencuba nasib. Tiada hasil, cuma airnya bertukar perang. Tiada bunyi “Pop”. Aku ucapkan tahniah pada dia untuk berani mencuba.
Ahli 2, bersongkok tinggi dan berseluar senteng.Dia mencuba nasib pula.Membuat pula muka aku-naik-takhta-pula-lepas-ini kepada aku. Aku tidak hiraukan. Dia cuba, sama sahaja tiada bunyi. Aku tidak dengar tapi dia kata ada. Ada tapi tidak banyak katanya.
Aku berbisik pada orang kanan aku. “Dia ingat ini mengaji ke hape ade banyak tak banyak pulak bunyi pop. Mungkin pemahaman dia bunyi pop! itu berbunyi pop~ (ada dengung 2 harkat..) ade hati nak pijak takhta aku..“
Aku ahli 3 pula mencuba, cuak di dalam tapi aku tidak mahu ahli-ahli aku tahu. Boleh menyebabkan saham jatuh barangkali. Aku mulakan eksperimen dan berdoa untuk segalanya berjalan dengan lancar. Aku cuba kuatkan api ketahap maksimum dan membuat muka “bangga”. Segalanya berjalan dengan lancar, tapi tiada bunyi pop. Aku tidak risau kerna aku suda ada plan kedua untuk situasi seperti ini. Orang kanan aku sudah bersedia dibawah meja untuk menepuk tangan sekali untuk menghasilkan bunyi pop tiruan. Tapi lain pula yang terjadi apa bila suasana tegang itu tiba-tiba terhasil bunyi seakan-akan pop. Aku ingat aku berjaya. Semua ahli meja terpaksa menepuk tangan. Akan tetapi, bunyi pop itu berterusan, aku naik hairanlah. Aku cuba terliti dengan betul apa yang berlaku. Sebenarnnya tabung uji itu yang mula retak lalu menghasilkan bunyi yang amat menggerunkan. Aku gagal.
Ahli 4, pula mencuba. Perempuan. Dia buat. Campur itu dan campur ini dengan tekun menjaga ayu. Jadi pula bila dia buat. Kali ini sekali lagi semua orang menepuk tangan dan aku berbisik pada orang kanan.
“Alaa, biase ah. Pompuan kot..cuba tengok wat kemahiran hidup ketuk kayu, mesti terabur.”
Segala riuh kembali normal, Kelas pula sudah sampai dipenghujung rancangan. Murid-murid mula mengemas dan pulang ke kelas semula.
Sekian.
ABUL – pop!