
Sepuluh permainan aku ketika zaman kecil.
Ingin aku kongsikan pada pembaca akan permainan yang aku layani sewaktu aku kecil dahulu. Baiklah, aku akan mulakan dengan permainan masak-masak dibawah pohon pokok rendek dibalik rumah. (Kepala kau aku nak main masak-masak).
Baiklah aku mula semula, dimana aku berhenti tadi. Oh ya, permainan yang pertama dalam senarai sepuluh permainan aku ketika kecil ialah gelang getah dan lipatan kertas buku latihan. Permainan ini mudah dan menyeronokkan, apa yang perlu dibuat hanya renggangkan gelang getah dan tariknya dengan lipatan kertas untuk dilastik pada mangsa yang pembaca suka. Jika saya dahulu, saya hanya melastik rakan-rakan yang mempunyai punggung yang mantap lebihan lagi yang suka menonggekkan diri disisi meja sekolah. Oh ya pernah juga aku melastik pengawas perempuan dahulu. Ingat lagi aku jeritannya, sungguhnya deras jantung aku berdenyut sambil gelak guling hingga terjatuh dari kerusi kayu. Karma? Mungkin.
Keduanya, senarai sepuluh permainan ketika zaman kecil aku akan diisikan dengan permainan pistol plastik berharga Rm3:70. Oh ya, diingatkan pistol plastik ini diisikan dengan damak plastik lutsinar. Dulu, siapa yang ingin berkuasa apabila tiba waktu rehat perlulah berusaha selangkah kehadapan. Siapa yang hebat dialah raja padang. Bagi aku dan rakan-rakan, kamilah yang terbaik. Menembak anak orang merupakan keutamaan kerjaya pertama. Ingat lagi aku sebelum tiba rehat aku akan melapor pada ketua untuk merebut kawasan padang. Juga pernah juga aku dan rakan-rakan didenda oleh Ustaz sekolah agama dahulu, beratur panjang menunggu giliran untuk disebat dengan cap rotan. Sakit?Kami kuat.
Tiga. Dulunya aku suka bermain permainan Konakondi. Terus terang aku tidak paham macam mana permainan ini dimainkan. Siaplah dikorek nya lubang pada permukaan tanah hingga lah mencari batang kayu kering.Tapi aku terhibur dan ingatan aku lagi ketika itu sekiranya anda bermain permainan itu anda akan dicap sebagai budak-budak yang sejuk. Sepertimana yang aku katakan, aku tidak reti akan peraturan. Yang aku ingat hanyalah kata-kata berikut..
“Ok abul, keje ko senang je, aku nak ko tangkap kayu nih sebelah tangan betul-betul.Tangkas! Ok?” aku balas “Takda hal“
Oh aku terlupa, ada satu ketika sedang aktiviti ini dijalankan. Pernah hayunan kayu terbang menerjah mangsa malang yang dimana kayu terpacak dimatanya. Sumpah sakit. Esokan hari aktiviti ini pupus selamanya dalam hidup aku.
Empat. Dulunya aku sering bersukarela untuk bermain permainan yang sangat mencabar. Permainan yang aku katakan ini dipanggil Jom main nombor. Permainan ini boleh menampung jumlah pemain yang agak banyak.Pemain hanya perlu duduk dikerusi, bawa hati yang kering, jari jemari yang diasah sepanjang perjalanan ke sekolah dan latih tubi menjentik angin. Ingat lagi aku jika cikgu tidak dapat hadir dalam satu sesi diwaktu sekolah, permainan inilah yang dapat sambutan ramai. Jumlah jentikan bergantung pada jumlah pemain. Contohnya jika pemain ada 3 orang maka jentikan maksimum adalah 15, kemudian diikuti 10 atau kurang dan orang terakhir akan dijentik. Nombor jentik bergantung pada nombor yang anda pilih dari 15 hingga 1. (untuk 3 orang main). Akibatnya, ada yang menangis, ada yang hutang, ada yang belanja keropok lekor dan ada juga yang menungkit kisah-kisah lama. Tip? aku suka nombor 6.
Lima. Kapal terbang kertas. Mudah, aku rasa pembaca semuanya tahu konsep permainan ini. Seronok dan mudah, ingat lagi aku sepertimana ramai diantara rakan-rakan aku membuat formula-formula bagaimana untuk melipat kalap terbang kertas untuk terbang jauh, mendarat diatas kereta guru besar dan banyak lagi. Ramai juruterbang yang terkandas dalam proses ini juga ada yang ditangkap untuk menjalani hukuman mengutip sampah sarap dipekerliling sekolah. Aku? tidak pernah kantoi.
Enam. Lumba sampan dalam longkang. Permainan ini mudah, pembaca hanya perlu mencari objek-objek atau bahan uji disisi jalan untuk dibawa lumba. Seperti konsep mana-mana permainan lumba. Kiraan 1,2 dan 3 lantas objek akan dilipaskan. Siapa yang sampai dahulu pada hujung longkan. Dialah juara. Bahan kegemaran? bagi aku sisa rokok paling laju. (ye lah! ye lah! aku tau geli.. dulu kot! kecik lagi ape tau…)
Tujuh. Menembak tutup botol. permainan ini agak menyeronokkan. Cuma perlu ada tuah untuk terserempak dengan botol yang berpenutup. apa yang perlu dibuat hanya pijak pada permukaan sisi botol (kaki kiri) dan kaki kanan akan memusing buka dengan pantas tutupan botol. Hasilnya jika betul taktik, secara teorinya tutup botol itu akan terbang kehadapan dan tambahan lagi jika mata angin berada dalam arah yang baik, tutupan botol akan swinger macam bola sepakan Beckham. Cantik.
Lapan. Main tepok. Baiklah, konsepnya tidak susah mana. Cuma perlu ada modal kad terup yang kecik-kecik, 10 kad dalam sehelai set. (aku tak tau ape name dia…). Dan pertaruhkan jumlah-jumlah tertentu. Dan cuba tepuk kad-kad tersebut dengan kedua-dua belah tangan. Mana yang terbalik kadnya, pembaca boleh simpan. Aku tidaklah hebat mana cuma kalau balik rumah itu berkaton-katon tidak tahu mahu simpan dimana. Oh, lupa aku akan kami yang main dibelakang kelas mahupun dalam surau. Surau, sungguh bangang aku dulu.
“duk tepuk-tepuk dalam surau.. bisinglah.. pergi belajar..” kata Ustaz.
Sembilan. Apa nama permainan itu, aku sudah lupa. Cuma pembaca perlu dalam kumpulan membuat bulatan. Dan bila disebut “aiskrim sooooda!”, pemain kenalah menganjak, lompat sekaki sejauh mungkin untuk posisi yang terbaik. Agak samar-samar diingatan, tapi untuk mencari siapa yang jalan dahulu akan dipilih mengikut selari lagu dan jari penunjuk. Lagunya bergini. (maafkan aku jika silap.. aku mudah lupa..)
“Ais krim SOOOO-da!, Ais krim soda, pepsi kola,bulatan malaysia tak sama dengan bulatan diindia..bapak kau teteknya besar sebelah..”
ada juga versi lain. Seperti.
“U! shu! di! ade! tisu! mama! shu! saloma isap susu!” Sumpah aku tidak ingat, tapi ini samar-samar samanya.
Baiklah, selepas dapat mencari pemain. Sekarang dengan berbekalkan selangkah. Pemain perlu memijak kaki kiri atau kanan pemain sebelah, juga pemain yang seterusnya. Jika dipijak. Anda tersingkir. Mudah bukan. Tip? jangan pakai kasut baru.
Sepuluh. Permainan terakhir yang aku ingat sewaktu aku kecil dahulu adalah permainan game buku. Permainannya mudah tapi menarik. Banyak edisi-edisi yang telah dibuat oleh rakan-rakan aku berasaskan buku latihan sekolah. Ada yang senang ada yang susah. Helaian demi helaian mempunyai cabaran yang sukar lagi unik, antara perpatah yang sering aku ketemui adalah seperti “mula baliklah mangkuk”, “kehadapan untuk berjumpa boss kedua” dan banyak lagi.
Banyak lagi permainan aku main dahulu. Cuma ini saja yang aku ingin kongsikan. Mungkin agak panjang ruangan ini tapi aku ingin ‘tag’ rakan-rakan disenarai aku. Oh ya, terima kasih untuk baca sampai akhiran. Anda memang terbaik.
Sekian,
ABUL – tidak reti bermain layang-layang.