Okay,
Semalam kami ada buat meeting bertujuan untuk propose nama baru Cilake. Buat pengatahuan bagi sesiapa yang masih tidak tahu siapakan Cilake, secara singkatnya, Cilake adalah seekor kucing peliharaan rakan-rakan serumah aku. Nama penuh dia sekarang ini, Cilake Fernando.
Jadi, atas rasa belas kasihan lagi-lagi di bulan yang mulia ini, kami se-housemate, ingin menukar nama Cilake Fernando dengan nama baru.
Dan, juga sebab-sebab kami hendak ganti nama adalah seperti berikut :
1) Seperti yang tersebut diatas, (belas-kasihan)
2) Sebab dia sudah stop cakar aku dan housemate aku yang lain.
3) Sebab dia dah lama tidak beron, kencing dan sewaktu dengannya,
4) Makan pun sudah kurang, (kene catuan makanan sebenarnya, sbb ada orang kata dia debab dan oversized)
5) Sebab nak tolong dia mengorat kucing lain. ( yea, man.. cilake is a player…)
6) Sebab dia cilake.
7) Sebab dia cool. (cool as sivaji-the-boss)
8 ) Lagi, kerana bila dipanggil Cilake, tiada respon yang diberi.
9) Ash sudah tidak tahan menanggung dosa, kenapa? (Ash yang panggil dia Cilake dulu..)
10) Sebab tiada sebab, or maybe, nak kena re-new IC.
Ok, itulah antara “sebab-sebab” yang aku dapat summarize dari meating kelmarin.
Baiklah, sekarang tibalah masa untuk aku reveal-kan nama-nama yang diketengahkan ketika meeting hari itu. Antara nama-nama yang diketengahkan adalah seperti berikut :
1) Cike Lake Lake
2) Cake
3) Chakaron
4) Unga unga umba umba..
5) Chicky (Dah, ada orang ambil so tidak boleh)
6) Chaque (Dah ada member nama chaque, jadi tidak boleh sama sekali)
7) Chakur (Ash tidak suka, kerana dah macam 2pac Shakur)
8 ) Cilak, or Chilak Gomez ( Name macam football player, jersey no.1 main forward score sekali 8 – dayat )
9) Chucker
10) Cici.. as Ci Ci
So, ada banyak lagi yang diudarakan, tapi aku ambil yang 10 terbaik. Jadi atas persetujuan, kami nak try dulu name “Chucker” untuk dia.
Ya-lah, bukan senang nak tukar nama, banyak kerja perlu diproses, antaranya seperti akaun Friendster, Myspace, Google mail, Youtube account, Tag-tag pada gambar, dan lain-lain.
So, sampai disini saja.
Support kami, kalau anda ada cadangan.
ABUL
