
Syukur, akhirnya kapten gua sudahpun selamat berkahwin. Sudah tiba masanya untuk gua berangkat secara solo dalam misi membebaskan dunia ini daripada ancaman tikus mondok dan juga konspirasi kuda kepang. Gua ingat lagi dulu, brader inilah yang ajar gua macam mana hendak handle lightsaber petang-petang bila balik dari sekolah, brader ini jugalah yang tipu sama gua; dia kata dekat semak belakang rumah gua ada peradaban makhluk spesis dinasor. Masa itu gua umur baru 5 tahun. Memang percaya bulat-bulatlahkan bai. Lucu.

Oh, gua lupa yang gua ada ambil gambar obor-obor ketika berada dipulau Langkawi tempoh hari. I’ve always wanted to take a picture of a jellyfish, and I did! Tapi sayang sekali dekat sejam gua tunggu obor-obor itu untuk ’straight’ supaya nampak simetri dan seimbang. Tapi tak mahu pula obor-obor mengikut kehendak gua, apakan daya ada benda kita tak boleh paksa walaupun banyak masa yang telah kita luangkan.
Masih ingat gua ada cerita fasal kelab catur? Sekarang gua bukan lagi ahli kelab catur, sekarang gua masuk kelab acting dan theater. Minggu depan tok guru mahu tengok gua punya talent. Gila apa bai, mati gua. Sikit punya haram lagi gua reti berlakon, main alat music lagi macam keldai, menyanyi macam ikan bilis kena jemur. Kayu betul. Tapi agak-agak kalau gua nyanyi lagu Backstreet Boys sepam, boleh tangkap leleh tak?
Sekian,

Barang murah? kering tetap kering bai.